Negara Sub-kawasan Sungai Mekong Besar Tingkatkan Kerjasama Antidadah

2023-09-07 14:15:44  CRI
Share with:

Mesyuarat Peringkat Menteri Negra Pemeterai Memorandum Persefahaman (MoU) ke-14 Kerjasama Antidadah Sub-kawasan Sungai Mekong Besar diadakan di sini, pada Rabu.

Menurut maklumat, mekanisme MoU tersebut dibina secara bersama oleh China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, dan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), bertujuan untuk menyelesaikan masalah dadah di rantau ini.

Mesyuarat kali ini diadakan sempena ulang tahun ke-30 tertubuhnya mekanisme tersebut dan amat signifikan bagi menggariskan masa depan dan mendorong kerjasama antidadah di rantau ini.

Difahamkan, lebih 80 individu termasuk delegasi kerajaan dari keenam-enam negara, wakil dari UNODC dan diplomat negara asing di China menyertai mesyuarat kali ini.

Para peserta turut menyingkap kembali proses dan hasil operasi antidadah di bawah mekanisme MoU tersebut sepanjang 30 tahun lalu, berkongsi pengalaman berharga dan mengulangi bahawa kerjasama antarabangsa merupakan wahana yang penting bagi operasi memerangi dadah.

Untuk rekod, mesyuarat kali ini turut membahas dan meluluskan siri dokumen termasuk Pelan Tindakan Sub-kawasan, dan Perisytiharan Beijing yang akan memperkasakan kerjasama pragmatik, menginovasi pembangunan mekanisme dan mendorong usaha antidadah.