PM China Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-26
Perdana Menteri China Li Qiang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN + China, Jepun, Korea Selatan (10+3) ke-26 di Jakarta, Indonesia pada Rabu.
Dalam ucapannya pada mesyuarat itu, Li berkata, negara-negara 10+3, bahkan semua negara Asia, mempunyai kampung halaman, kepentingan dan peluang yang sama.
“Semua negara perlu mengetepikan perselisihan dan mencari titik persamaan, bertindak dari kepentingan umum dalam pembangunan Asia secara damai bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia.
“Selain itu, pelbagai negara perlu mengutamakan pembangunan dalam kerjasama serantau, menghapuskan pelbagai gangguan, meneroka potensi kerjasama bagi merintis satu jalan pembangunan yang lebih stabil, berdinamik dan relevan dengan manfaat umum,” kata Li.
Li turut mencadangkan pelbagai pihak bersama-sama mempercepatkan integrasi ekonomi serantau, menyokong Hong Kong menjadi anggota baharu Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, memperdalam pembahagian kerja dan kolaborasi dalam sektor perindustrian serantau, menggalakkan pengoptimuman dan penaiktarafan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan serantau secara stabil dan lancar, selain mengukuhkan peranan peneraju yang dimainkan sektor sains dan teknologi.inovatif.
“China bersedia untuk mengintensifkan kerjasama inovasi dengan semua pihak dalam bidang ekonomi digital, tenaga bersih, dan kenderaan tenaga baharu bagi bersama-sama memupuk lebih banyak titik pertumbuhan ekonomi baharu.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Li juga membentangkan pendirian China mengenai pelepasan air tercemar nuklearJepun ke laut, sambil menegaskan bahawa pelupusan air tercemar radioaktif berkaitan rapat dengan persekitaran ekologi marin global dan kesihatan rakyat.
“Jepun mesti mengadakan rundingan dengan negara-negara jiran yang berkepentingan, menangani masalah air tercemar radioaktif secara bertanggungjawab dengan memenuhi kewajipan antarabangsanya,” kata Li.