Kenyataan Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 Dikeluarkan
Sekretariat ASEAN mengeluarkan kenyataan pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada Rabu.
Kenyataan itu mengimpau kembali kemajuan ASEAN dalam pelbagai bidang, menekankan komitmen ASEAN terus meningkatkan kemampuan dan kecekapan institusinya untuk mengatasi cabaran pada masa ini di samping memastikan kepusatan ASEAN dalam pertumbuhan dan kemakmuran serantau. Dokumen itu menekankan akan teguh menyokong amalan multilateralisme, memelihara dan mengalakkan kedamaian, keselamatan dan kestabilan serantau serta menyelesaikan perselisihan secara damai.
Dokumen itu menambah bahawa ASEAN bersetuju Filipina menyandang jawatan sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN bagi tahun 2026, dan bersetuju menamakan tapak pejabat ASEAN di Jakarta sebagai Ibu Pejabat ASEAN.
Menurut kenyataan itu, ASEAN telah meluluskan beberapa perisytiharan untuk menggalakkan pembangunan ASEAN dalam pelbagai bidang, memperhebat kemampuan rantau ini selaku pusat pertumbuhan, bersedia menyahut cabaran sejagat di samping merangsangkan potensi pertumbuhan rantau ini dengan sepenuhnya.