CIFTIS Cermin Prospek Ekonomi China

2023-09-07 16:31:17  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 yang seluas 155 ribu meter persegi menutup tirainya di Beijing semalam, setelah menyaksikan tercapainya hasilan sebanyak lebih 1,100 item dan kehadiran hampir 280 ribu orang pengunjung. 

Britain, Negara Kehormat CIFTIS kali ini menghantar satu rombongan yang terbesar dalam sejarah negaranya dalam tempoh empat tahun lalu yang terdiri daripada lebih 60 buah syarikat dan agensi untuk menyertai temasya pameran di Beijing ini. Wakil Britain mengatakan, sama sekali tidak percaya apa yang disebut “memutuskan hubungan”.

Juga tidak ketinggalan adalah Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) yang aktif mengambil bahagian dalam CIFTIS. Misalnya, Qualcomm dan Intel sebagai pihak pempamer menunjukkan teknologi dan pakej penyelesaian yang pelbagai. Ini senada dengan bantahan yang bersama-sama disuarakan beberapa syarikat chip AS terhadap tindakan kerajaan yang mengenakan sekatan pengeksportan chip kepada China pada bulan Julai lalu, dan juga menangkis dakwaan yang menguar-uarkan “hubungan yang terputus” antara kedua-dua negara.

Keyakinan pempamer asing berpunca dari peluang baharu yang wujud dalam pasaran negara gergasi ini beserta transformasi penggunan. Penglibatan lebih 500 buah syarikat asing selaku peneraju industri atau yang tersenarai dalam ranking 500 terhebat sedunia dalam CIFTIS 2023,  yang merupakan lebih 20% keseluruhan pempamer, mencerminkan sikap mereka  yang tetap mengambil berat pasaran China.

Sempena CIFTIS kali ini, China menjelaskan lagi komitmennya akan “meningkatkan tahap keterbukaan dalam bidang telekomunikasi, pelancongan, undang-undang dan peperiksaan profesi”. Sementara itu, senarai negatif perdagangan perkhidmatan rentas sempadan akan diumumkan secepat mungkin, manakala pembinaan zon pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan kumpulan pertama akan disegerakan. Keterbukaan yang bertaraf tinggi bermakna akan membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada usahawan asing.

Perdagangan perkhidmatan merupakan enjin baharu bagi peningkatan ekonomi China, yang selama ini berkembang dengan akomodatif dan dinamik, dan pemulihannya tetap konsisten pada tahun ini.

Bank Dunia, Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masing-masing menjangka peningkatan ekonomi China pada 5.6%, 5.4% dan 5.2%. 

Macam apa prospek ekonomi China? “Keyakinan” dan kerancakan yang ditunjukkan CIFTIS, jawapan terbaik.