Siapakah “Bom Waktu” Kepada Ekonomi Global?

2023-09-07 16:28:28  CRI
Share with:

Jenama kopi China Luckin minggu ini mengeluarkan latte kolaborasi Maotai, jenama minuman keras terkenal China minggu ini.

 

Luckin hanya menyediakan perkhidmatan bawa pulang. Oleh itu Satria biasanya menempah melalui APP dalam telefon pintar 5 minit sebelum sampai ke kedainya. Bagaimanapun pada hari pertama Latte Maotai ini dipasar, ketika saya sampai ke kedai Luckin pada tengah hari, diberitahu perlu tungguh 2 jam. Sebab sejak kedai itu buka pintu pada dua jam sebelum itu, sudah menerima penempahan lebih 1000 cawan, sehingga dua tukang kopi dalam kedai itu sama sekali tak sempat menyiapkannya dalam jangka pendek.

 

Pada hari pertama, jualan Latte Maotai ini di seluruh China melebihi 5.42 juta cawan. Pada hari kedua, lebih ramai orang telah mendapati kopi itu yang menjadi tular dalam media sosial, sehingga sistem penempahannya tak boleh tahan dan terhancur untuk sementara waktu.

 

Pada musim panas ini, iaitu bulan Jun hingga Ogos, jumlah pelancong domestik melebihi 1.8 bilion di China, sekaligus menyumbang pendapatan pelancongan sebanyak RMB1.21 trilion. Termasuk juga sumbangan dari keluarga Satria.

 

Pada 1 September, Beijing, Shanghai dan beberapa bandar turut mengumumkan melonggarkan sekatan pasaran hartanah. Tambah lagi pelonggaran dasar pinjaman wang untuk hartanah yang diumumkan oleh Bank Pusat China baru-baur ini, pasaran hartanah di China memulih hangat lagi pada beberapa hari ini. Satria pula diminta seorang kawan untuk menemaninya mengunjungi satu program hartanah. Disekat dasar dulu, ia tidak berhak membeli hartanah di Beijing. Tapi dasar baharu telah menarik sejumlah besar orang seperti kawan Satria yang telah lama duduk di sini tapi belum memmiliki hartanah diri.

 

Tak tahu sama ada penganalisis White House juga telah memberi tumpuan kepada pelbagai butiran ekonomi terkini di sini. Sebab kalau membaca kenyataan Presiden Amerika Syarikat(AS) Joe Biden, mungkin ada salah faham terhadap ekonomi China.

 

Menurut kenyataan terkini Joe Biden, “China sedang menghadapi masalah dan merupakan bom waktu. China pernah mengekalkan pertumbuhan pada 8%, tapi kini hampir 2% saja.”

 

Data yang disediakan oleh Joe Biden jelas kurang tepat.

 

Berdasarkan Bank Dunia, pertumbuhan KDNK China pada tahun 2021 mencatat 8.4%, 3.0% untuk 2022 dan jangkaan untuk tahun ini adalah 5.6%.

 

Jangkaan ini juga telah dibuktikan dengan pertumbuhan ekonomi pada setengah tahun pertama yang mencatat 5.5% dan ditingkatkan dua kali pada tahun ini berasaskan operasi ekonomi China.

 

Manakala pertumbuhan KDNK AS pada 2022 hanya 2.1% saja dan berdasarkan jangkaan IMF, pertumbuhan KDNK AS untuk tahun ini akan merosot kepada 1.8% dan terus merosot kepada 1.0% pada tahun depan.

 

Dalam pandemik, kerajaan AS telah menyediakan subsidi yang besar kepada penduduk bagi mengatasi cabaran kos kehidupan. Ramai orang pula terpaksa menyimpan wang. Ini menjadikan lebihan simpanan wang di AS dan menjadikan pasaran membeli-belah yang hangat pada hujung tahun lalu hingga awal tahun ini, sekali gus menjadi penjana ekonomi AS. Bagaimanapun lebihan simpanan wang tersebut cepat akan habis, yang dikekalkan adalah inflasi dan hutang yang tinggi bagi penduduk dan kerajaan.

 

Berdasarkan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) AS, defisit belanjawan kerajaan persekutuan AS telah mencatat dua kali ganda berbanding tahun lalu, manakala pendapatan kerajaan menurun 10%.

 

Siapakah “bom waktu” kepada ekonomi global?