Li Qiang dan Jokowi Adakan Rundingan

2023-09-08 17:45:52  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Qiang dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan rundingan di Jakarta pagi tadi.

Li terlebih dahulu menyampaikan salam mesra dari Presiden Xi Jinping kepada Jokowi. 

Li menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan Indonesia terus memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, memperhebat sokongan dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing. Kedua-dua pihak diharap terus memperluas kerjasama, memperincikan persiapan untuk memastikan pengoperasian laluan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung dimulakan dengan lancar, berusaha membangunkan "koridor ekonomi bersepadu serantau" dan "dua negara dua taman" menjadi projek ikonik yang baharu di bawah kerangka pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan laluan (BRI). Serentak itu, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diharap dilaksanakan berdasarkan kecekapan tinggi, dan "enjin baharu" dapat dipasang dengan cepat  bagi menggerakkan kerjasama dalam bidang pertanian, perubatan & kesihatan dan sosiobudaya. 

Jokowi pula meminta Li Qiang menyampaikan salam ikhlas kepada Presiden Xi.

Beliau menyatakan bahawa Indonesia mengekalkan prinsip Satu China, bersedia bersama China merancakkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan perikanan, infrastruktur dan sumber tenaga baharu, menggerakkan pelaksanaan projek kerjasama strategik termasuk "dua negara dua taman", dan mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap baharu.