Tiba Musim Menuai Padi

2023-09-08 14:51:31  CRI
Share with:

Sekarang tibalah musim menuai hasil tanaman padi di pekan Dunzhai, daerah autonomi Qiandongnan berpenduduk etnik Miao dan Dong, provinsi Guizhou.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan giat membimbing petani membeli varieti padi berkualiti tinggi dan menguruskan tanah ladang secara efektif, sekali gus meningkatkan pengeluaran serta kualiti hasil tanaman.