Kerjasama Antarabangsa China Serupa "Kunci Lu Ban"

2023-09-11 16:33:05  CRI
Share with:

Anak Satria kini sangat berminat dengan permainan teka-teki kayu 3D tradisional China, “kunci Lu Ban”.

 

Kalau anda nak tahu, Lu Ban (507-444 sebelum Masehi) adalah pengasas tukang kayu China. Mainan “kunci Lu Ban” sebenarnya adalah struktur tanggam dan lubang putting.

 

Ia terdiri daripada enam batang kayu berlubang putting yang dapat saling mengunci. Pemain perlu mempunyai susunan yang betul supaya kesemuanya bertanggam menjadi satu struktur yang kukuh.

 

Dalam arena antarabangsa, yang saling bertanggam atau saling melengkapi juga merupakan asas kerjasama yang kukuh.

 

Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-26 baru melabuhkan tirainya di Jakarta. Temanya "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth" sudah memperlihatkan tumpuan utama serantau dan ia juga sebenarnya sealiran dengan kepentingan China.

 

Oleh itu, Perdana Menteri China, Li Qiang telah mengeluarkan beberapa cadangan termasuk meningkatkan kesalinghubungan, mempererat kerjasama rantaian bekalan serta turut menggalakkan kerajsama dalam bidang seperti kenderaan tenaga baharu, tenaga solar, dan AI untuk menyokong pencapaian sasaran pembangunan ASEAN.

 

Untuk rekod, China mempertahankan status rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 13 tahun secara berturut-turut. Manakala ASEAN kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi China selama 3 tahun berturut-turut. Bahkan, kuota perdagangan dengan ASEAN semakin meningkat dalam perdagangan luar China.

 

Lebih penting, kerjasama antara kedua-dua pihak terus dinaiktarafkan. Manakala Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pula merupakan antara penjana yang menaikkan kerjasama dua hala ke tahap yang baharu.

 

Dengan kawan-kawan yang lebih maju dalam ASEAN seperti Indonesia, kita menjayakan HSR yang berkelajuan lebih 350km sejam. Bagi kawan-kawan yang kurang maju seperti Laos, kita menyediakan jaringan kereta api berkelajuan 250 km sejam yang bakal menyambungkan sub-rantau Sungai Mekong.

 

Kerjasama BRI bukan sekadar melibatkan projek mega, tapi kesalinghubungan infrastuktur yang memang memudahkan pengedaran perdagangan, pelaburan, sekali gus mewujudkan persepakatan kerjasama baharu.

 

Dulu negara-negara ASEAN mengeksport produk pertanian dan bahan mentah kepada China. Hingga hari ini, ia masih sebahagian penting dalam rantaian bekalan serantau yang stabil. Pada masa yang sama, kita bersama-sama mengeluarkan EV, bahkan memanjangkan rantaian bekalan baharu ke seberang laut.

 

Bukan hanya ASEAN perlu “Epicentrum of Growth", kebanyakan negara di dunia ini juga mencari penjana pembangunan yang baharu.

 

Dalam Sidang Kemuncak G20, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Arab Saudi dan India mengumumkan Koridor Ekonomi India-Asia Barat-Eropah (IMEC).

 

Seperti bunyinya yang kedengaran gah, begitu juga dengan Satria yang amat menantikan kerjasama ini untuk melihat sama ada ia benar-benar menyediakan lebih banyak peluang kepada pembangunan ekonomi pelbagai negara yang terlibat atau sebaliknya.

 

Mengapa? Sebab kita telah menyaksikan landasan kereta api di India dan Amerika Syarikat yang sudah usang dan kerap kali dilaporkan berlakunya kemalangan. Satu jaringan landasan kereta api yang moden dari India ke Eropah bakal menjadi penjana baharu bagi semua negara yang terlibat.

 

Dalam tempoh tiga tahun saja, AS telah mengeluarkan pelbagai konsep baharu sepertiBuild Back Better World” (B3W), The Partnership for Global Infrastructure and Investment (PGII) dan kali ini menganjurkan lagi IMEC.

 

Namun begitu, peruntukan sebanyak USD4 trilion yang dijanji oleh AS untuk B3W pada tahun 2021 gagal diluluskan di Kongres. Hingga sekarang peruntukan yang mampu disediakan oleh AS untuk negara-negara membangun hanya USD6 juta.

 

Manakala, PGII yang dikemukakan pada tahun lalu mengeluarkan janji lagi yang bernilai USD600 brilion, manakala kali ini AS hanya bersedia memperuntukan USD200 bilion.

 

Secara amnya, kita boleh lihat bahawa situasi janji B3W masih belum dilunaskan lagi, sumber untuk peruntukan sebanyak USD400 bilion pula samar-samar, manakala penganalisis beranggapan bahawa PGII sama seperti cakap di kedai kopi sahaja.

 

Dari B3W ke PGII hingga IMEC kali ini, AS nampaknya bukan benar-benar untuk membantu negara-negara membangun memperbaiki infrastruktur, tetapi sekadar membentuk pelbagai jenis persekutuan untuk bertentangan dengan China saja.

 

Yang diperlukan dalam kerjasama antarabangsa adalah “kunci Lu Ban”, bukanlah gambaran “Istana di udara”.