2,122 Maut Gempa Bumi di Maghribi

2023-09-11 12:55:41  CRI
Share with:

Sebanyak 2,122 maut dan 2,421 lagi cedera dalam gempa bumi yang melanda Maghribi pada Jumaat, menurut statistik terkini Kementerian Dalam Negeri Maghribi pada Ahad.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa gempa bumi dahsyat ini menjejaskan lebih 300,000 orang. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan. 

Menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi, angkatan tentera dan jabatan perkhidmatan kecemasan sedang berusaha untuk sampai ke pusat penempatan di kawasan pergunungan yang paling teruk terjejas untuk melancarkan operasi SAR.