Keanggotaan AU dalam G20, Kemenangan 'Multilateralisme Sebenar'

2023-09-12 15:10:49  CRI
Share with:

Sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) berakhir di New Delhi pada Ahad lalu. Sebagai salah satu hasil yang penting, para peserta dengan sebulat suara bersetuju untuk mengundang Kesatuan Afrika (AU) sebagai anggota baharu pertubuhan tersebut. 

Terdahulu, Afrika Selatan merupakan satu-satunya anggota G20 dari Afrika. Kini, keanggotaan AU dalam G20 menjadikannya organisasi serantau kedua dalam G20, selepas Kesatuan Eropah (EU). 

Kejayaan ini hasil usaha negara-negara Afrika dalam jangka masa panjang, dan juga ada kaitan rapat dengan perubahan pola dunia dan dorongan kuasa luar.

Dipandang dari persekitaran luaran, berikutan integrasi ekonomi Afrika dengan dunia, tahap penglibatan benua itu dalam urusan global semakin meningkat. 

Manakala menurut pendapat umum, China memainkan peranan yang amat signifikan dalam mendorong AU menganggotai G20.

China dengan tegas menyokong keanggotaan AU dalam G20. Kepercayaan politik antara China dengan Afrika amat kukuh dan kedua-dua pihak menjadi rakan baik dalam pembangunan bersama. Selain itu, Afrika merupakan pola penting dalam tenaga antarabangsa serta tenaga penting bagi memelihara kesamarataan dan keadilan antarabangsa. Keanggotaan AU dalam G20 merupakan kemenangan 'multilateralisme yang benar'.

Setelah menganggotai G20, Afrika sebagai satu pakatan, memperoleh saluran penting untuk berkomunikasi dan menyelaraskan dasar kewangan makro dengan entiti ekonomi utama di dunia. Ini bermanfaat bagi negara-negara Afrika untuk menghadapi pelbagai cabaran seperti kenaikan risiko hutang, perubahan iklim dan keselamatan bahan makanan.

Sementara itu, Afrika mempunyai kelebihan dari segi sumber asli, populasi dan pasaran. Setelah berintegrasi dengan lebih baik dalam ekonomi sejagat, lebih banyak potensi pembangunan akan dijana dari Afrika.

Ditinjau dari perspektif yang lebih meluas, setelah peluasan BRICS, keanggotaan AU dalam G20 merupakan satu lagi peristiwa penting dalam proses penjanaan tenaga negara Selatan Global. 

Dalam pola dunia yang kompleks pada masa ini, suara negara-negara Selatan Global makin lantang dan ini menguatkan tenaga multilateralisme di samping mengekang hegemonisme dan politik kekuatan.