Inilah Pencapaian Luar Biasa

2023-09-12 14:50:42  CRI
Share with:

Colin Mackerras, seorang ahli kajicina dari Australia, pernah berkunjung ke China sebanyak puluhan kali dalam tempoh hampir enam dekad.

Beliau berkongsi apa sahaja yang dilihat dan didengar, dan memperkenalkan China yang sebenar kepada dunia.

Mackerras sempat berjumpa dengan Presiden Xi Jinping yang dalam rangka lawatan ke Australia pada November 2014.

Xi berkata, Profesor Mackerras banyak bercakap tentang keadaan sebenar di China, dan membina jambatan untuk rakyat kedua-dua negara mengenali antara satu sama lain.

Mackerras menjejakkan kaki sehingga ke serata China. Beliau juga melawat Yan'an, tempat Xi pernah berada selaku pemuda terpelajar yang dihantar ke kawasan desa.

Mackerras menyatakan beliau mengunjungi Yan'an sebanyak dua kali, masing-masing pada 1965 dan 2018.

Dalam ingatan beliau, taraf hidup rakyat Yan'an semakin dipertingkat. Penduduk tempatan menjadi lebih bahagia dengan penuh keyakinan.

Beliau memuji usaha membasmi kemiskinan mutlak sebagai suatu pencapaian yang luar biasa. Ia adalah berkat jasa pemimpin yang unggul.

Mackerras berpendapat, Presiden Xi amat berdedikasi dalam hal itu.