Guterres Zahir Sokongan kepada Mangsa Banjir di Libya

2023-09-13 15:56:07  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Aotonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya pada Selasa, menzahirkan sokongan kepada pihak berkuasa dan rakyat Libya yang mengalami bencana banjir, menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera dapat sembuh secepat mungkin.

Menurut Guterres, pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada rakyat yang terjejas di negara itu.