Speaker Dewan Perwakilan AS Mahu Penyiasatan Pendakwaan ke atas Presiden Biden

2023-09-13 13:54:59  CRI
Share with:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy memberitahu media pada Selasa waktu tempatan bahawa beliau telah menuntut suruhanjaya berkaitan di Dewan Perwakilan memulakan penyiasatan pendakwaan terhadap Presiden Joe Biden.

McCarthy yang dari Parti Republikan berkata, keputusan penyiasatan parti itu terhadap perniagaan anak lelaki Biden, Hunter Biden di luar negara mendapati bahawa Joe Biden disyaki terlibat dalam "penyalahgunaan kuasa, menghalang kehakiman dan rasuah".

"Oleh itu, Dewan Perwakilan akan menjalankan penyiasatan pendakwaan terhadap Presiden Biden secara menyeluruh" kata McCarthy.