Bukti Baharu Pengintipan Siber AS

2023-09-14 15:49:25  CRI
Share with:

Pusat Tindak Balas Kecemasan Virus Komputer Negara China (CVERC) dan syrikat 360 Digital Security Group mengadakan analisis teknikal terhadap sebuah perisian intip bernama "second date" baru-baru ini. Menurut laporan analisis itu, perisian berkenaan merupakan senjata pengintipan siber yang dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS). 

Dimaklumkan, CVERC dan syrikat 360 ketika menyiasat kes serangan siber yang dilancarkan oleh NSA terhadap Universiti Politeknik Barat Laut China telah memperoleh beberapa sampel perisian intip itu sebelum mengenal pasti identiti pegawai NSA yang terlibat dalam tindakan pengintipan siber tersebut.

Menurut laporan analisis teknikal tersebut, perisian intip "second date" mampu menjalankan fungsi hasad seperti mengintip dan merampas trafik rangkaian, menyerang orang tengah, dan memasukkan kod hasad. Ia boleh melakukan pengintipan siber yang rumit dengan kolaborasi pelbagai perisian hasad yang lain.