Thailand Kecualikan Visa Pelancong China

2023-09-14 12:25:25  CRI
Share with:

Kerajaan Thailand memutuskan untuk mengecualikan visa bagi pelancong China selama lima bulan, iaitu dari 25 September 2023 hingga 29 Februari 2024. 

Jurucakap kedutaan China di Thailand menyatakan bahawa pengembara China suka melancong ke Thailand, dan dasar pengeculian visa itu akan menyediakan kemudahan kepada pengembara China, dan juga bermanfaat bagi pembangunan sektor pelancongan dan pemulihan ekonomi di Thailand. 

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik tindakan tersebut dan bersedia memberikan kerjasama yang sewajarnya. 

Di samping itu, beliau turut menzahirkan harapan agar pihak Thailand dapat memberikan perkhidmatan pelancongan yang lebih selamat dan berkualiti tinggi kepada pelancong China.