Pelancongan Berkembang Makmur di Daerah Bozhou

2023-09-14 14:33:38  CRI
Share with:

Pengemaskinian sumber pelancongan dan pembangunan kluster industri dipergiatkan di daerah Bozhou bandar Zunyi provinsi Guizhou sejak akhir-akhir ini, dan dilaporkan kondusif bagi bertambahnya peluang pekerjaan malah menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan desa.

Menurut data terkini didedahkan Biro Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Bozhou, jumlah pelancong dari dalam dan luar negara yang mendatangi daerah itu pada Januari hingga Jun tahun ini meningkat 18.66% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, dengan mencatat 5.44 juta orang.