China Kutuk Pelepasan Air Radioaktif Jepun
Pelepasan air sisa radioaktif dari Loji Nuklear Fukushima oleh Jepun telah mencabuli hak kesihatan, pembangunan dan alam sekitar rakyat di negara-negara pesisir Lautan Pasifik, malah seluruh dunia. Kewajaran, kesahan dan keselamatan tindakan itu sentiasa dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa dan dibantah keras oleh rakyat dari Jepun, Korea Selatan dan lain-lain.
Demikian dikatakan oleh wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu ketika berucap dalam dialog interaktif Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai hak manusia terhadap air minum dan kemudahan kesihatan yang selamat, pada Selasa.
Chen Xu berkata, adalah tidak perlu melepaskan air sisa dari Loji Fokushima ke laut jika ia selamat, dan tidak patut melepaskannya ke laut jika ia tidak selamat.
"China menyeru UNHRC menumpu perhatian lebih besar kepada isu tersebut dan menggesa Jepun menghentikan pelepasan itu dengan serta merta." kata beliau.