Negara Jiran Penuh Keyakinan Atas Ekonomi China
Baru-baru ini seorang “wartawan” untuk sebuah agensi media Amerika Syarikat(AS) mengelirukan masyarakat antarabangsa dengan berkongsi beberapa gambar yang diambil kawannya di Shanghai, sambil mendakwa Shanghai telah menjadi “ghost town” kerana nampaknya tiada orang yang lalu di jalan, seterusnya menyifatkan ekonomi China menghadapi masalah besar. Ini telah menjadi tular di platform media sosial.
Kebetulan Satria juga pernah mengambil gambar untuk isteri dan anak di tempat yang sama semasa melancong ke Disneyland bandar itu baru-baru ini. Ketika mengambil gambar, tentulah kami nak tungguh saat yang tiada orang lain terselit di dalam gambar. Kalau gambari kami dihantar kepada “wartawan” itu, mesti menjadi bukti kukuh lagi bahawa isteri dan anak Satria sedang bersiar-siar di “ghost town Shanghai”.
Tapi saya boleh juga berkongsi gambar yang diambil dalam Disneyland pada hari yang sama. Kalau anda nak tahu, kami berbaris hampir dua jam untuk satu program permainan saja di sana. Menurut maklumat, jumlah pelancong yang mengunjungi Disneyland Shanghai pada hari itu mencatat lebih 70 ribu orang. Jika mengikuti apa yang dikatakan oleh “wartawan” AS itu, semua pelancong akan menjadi “ghost”.
Khabar angin mengenai “kehancuran ekonomi China” diada-adakan sesetengah orang di Barat sejak 1990-an. Antaranya seorang yang terkenal ialah Gordon Chang, warga AS keturunan China. Ia menulis buku “The Coming Collapse of China” pada tahun 2001 setelah bekerja sementara di Shanghai dan memberitahu kepada masyarakat Barat bahawa ekonomi China terjejas teruk setelah menganggotai WTO dan akan hancur sebelum tahun 2008.
Kenyataan tersebut disambut baik pihak AS. Gordon Chang bukan sahaja dijemput menyertai program di stesen TV, menerbitkan rencana untuk surat khabar, bahkan menyampaikan ucapan dalam Kongres, sehingga menjadi “pakar isu China” yang cukup terkenal .
Perkembangan seterusnya telah kita saksikan. Tahun 2008 sebaliknya menjadi titik tolak pembangkitan semula China. Namun, yang hairan fakta ini tidak “menutup mulut” Gordon Chang, sebaliknya semakin ramai orang yang seumpama di Barat terus “menjual” analisis mengenai “ekonomi China menghadapi masalah besar dan cepat akan terhancur” setiap tahun .
Bagaimanapun, nada macam ini mengganggu Washington dan masyarakat AS untuk memahami keadaan sebenar di China.
Baru-baru ini, kerajaan AS sekali lagi menyifatkan China sebagai “bom waktu” dan negara-negara jiran China sedang menghadapi risiko ekoran kemerosotan ekonomi China.
Mungkin “risiko” ini juga melibatkan Presiden Indonesia Joko Widodo senyum dengan gembira sepanjang perjalanan ketika menaiki kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara hasil kerjasama dengan China dan menyatakan “inilah peradaban!” ketika kelajuan itu mencapai 350km sejam.
Mungkin kehadiran PM Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibhrahim dan PM Kemboja Hun Manet dalam Ekspo China-ASEAN ke-20 nanti juga antara “risiko” tersebut.
Pada hakikatnya, yang terhancur dalam lebih 20 tahun yang lalu bukanlah ekonomi China, sebaliknya pelbagai konspirasi mengenai “kehancuran ekonomi China” atau “ancaman China”, dua teori yang saling bertentangan tapi sama menipu masyarakat di Barat.
Walaupun teori tersebut mengakibatkan salah faham masyarakat Barat terhadap China, tapi tidak akan mengelirukan negara jiran kami yang penuh keyakinan terhadap China baik dari segi ekonomi, mahupun dari segi keselamatan.