China, Venezuela Naiktaraf Hubungan kepada Perkongsian Strategik Sepanjang Masa
Hubungan antara China dengan Venezuela dinaiktaraf ke peringkat perkongsian strategik sepanjang masa. Perkara itu diumumkan bersama oleh Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Nicolas Maduro Moros dalam rundingan di Beijing pada Rabu. Ini selaras dengan harapan rakyat kedua-dua negara dan mematuhi trend perkembangan sejarah.
Dari penaiktarafan hubungan dua hala ke pengeluaran kenyataan bersama , hinggalah pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama, lawatan Maduro kali ini disifatkan sebagai "amat berhasil" oleh Agensi Berita Latin.
Penganalisis menyatakan bahawa hubungan perkongsian strategik sepanjang masa China-Venezuela mencerminkan kesalingpercayaan politik yang bertaraf tinggi antara kedua-dua negara.
Dalam rundingan pada Rabu lalu, Presiden Xi Jinping menyatakan bahawa pembaharuan dan keterbukaan adalah perkara penting bagi China untuk mengorak langkah besar untuk mengejar era baharu dan langkah penting untuk menentukan nasib China buat zaman ini. Kenyataan beliau iaitu "menyokong Venezuela membina zon ekonomi" dan "bersedia berkongsi pengalaman dengan Venezuela demi membantu negara itu mempromosikan pembangunan negara" adalah selaras dengan keperluan Venezuela untuk mencapai transformasi ekonomi".
Ditinjau dari agenda lawatan Maduro kali ini, beliau membuat kunjungan ke empat tempat dalam tujuh hari, memberi fokus kepada pencapaian dan pengalaman pemodenan ala China.
China dan Venezuela selaku negara membangun, dapat mempergiat kerjasama dalam mekanisme pelbagai hala seperti PBB dan "G77 dan China" untuk menjaga kepentingan bersama negara membangun.
Pada Ogos lalu, Presiden Maduro menyatakan bahawa Venezuela secara rasmi memohon untuk menyertai mekanisme kerjasama BRICS. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh China dan Venezuela, "China mengalu-alukan keinginan positif Venezuela untuk menyertai BRICS dan menyokong usaha Venezuela untuk mencapai sasaran ini." Ini mencerminkan hasrat dan usaha China untuk menyokong pembangunan negara-negara Selatan Global dan memperkukuh multilateralisme.