Pasaran Kekal Optimistik terhadap Ekonomi China

2023-09-16 15:17:01  CRI
Share with:

Data ekonomi China pada Ogos membuktikan daya tarikan besar pasaran China terhadap masyarakat antarabangsa. Menurut statistik yang diumumkan pihak berkuasa China pada 15 September, jumlah jualan runcit barangan kegunaan masyarakat pada Ogos menokok 4.6 peratus dari tahun ke tahun, dan 2.1 peratus dari bulan ke bulan. Media asing masing-masing mengeluarkan ulasan yang menyatakan rasa optimistik terhadap pemulihan ekonomi China. 

Di belakang data yang memberangsangkan tersebut adalah peluang perniagaan yang diinginkan negara luar. Walaupun menghadapi tekanan besar, ekonomi China yang semakin memulih terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi dunia. Di samping itu, pasaran China yang mengalir dan terus dinaiktaraf pasti akan membawa pulangan mampan kepada syarikat rentas sempadan.

Menurut pengiraan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara (SAFE), kadar pulangan pelaburan asing di China merekodkan 9.1 peratus dalam lima tahun kebelakangan ini, jauh lebih tinggi daripada 3 peratus yang dicatatkan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Kadar pulangan ini juga lebih tinggi berbanding data di entiti ekonomi baharu yang lain, iaitu empat hingga lapan peratus. 

Penganalisis berpendapat, golongan berpendapatan sederhana di China yang berjumlah amat besar menjanjikan potensi yang besar dalam sektor penggunaan kereta, perubatan dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, syarikat rentas sempadan akan terus melabur dalam sektor berkenaan di China. 

Pada masa sama, transformasi dan  kenaiktarafan penggunaan China mencerminkan transformasi dan kenaiktafaran pihak pembekalan. Pasaran China yang gergasi, sistem ekologi perindustrian yang lengkap dan rizab tenaga insan yang kuat antara komponen penting. Ketika menghadapi pasaran global yang kurang stabil dan menentu, prospek yang mampan amat penting bagi syarikat rentas sempadan.  

Dalam pada itu, berbanding dengan polisi sesetengah negara Barat yang "berpusing mendadak", polisi ekonomi China yang mampan dan berterusan pula mengukuhkan keyakinan syarikat transnasional untuk terus berurus niaga di negara ini.