"Second Date", Satu Lagi Bukti Kukuh Pemerintah AS Lancarkan Serangan Siber

2023-09-16 14:31:53  CRI
Share with:

Siasatan kes serangan siber terhadap Universiti Politeknik Barat Laut China menemui kemajuan penting baru-baru ini. Juruteknik China berjaya mengenal pasti identiti sebenar pegawai Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) melalui perisian intip bernama "second date". Ini menjadi satu lagi bukti kukuh yang membuktikan kerajaan AS telah melancarkan serangan siber terhadap negara lain.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pusat Tindak Balas Kecemasan Virus Komputer Negara China (CVERC), "second date" merupakan senjata pengintipan siber yang dicipta oleh NSA dan mampu menjalankan fungsi hasad seperti mengintip dan merampas trafik rangkaian, menyerang orang tengah, dan memasukkan kod hasad. Ia boleh melakukan pengintipan siber yang rumit dengan kolaborasi pelbagai perisian hasad yang lain.

Selain itu, juruteknik China telah menemui pelayan papan kawalan jauh NSA yang kebanyakannya ditempatkan di Jerman, Korea Selatan, India dan kawasan Taiwan China. 

Dengan adanya pendekatan sedemikian, AS boleh mencuri rahsiah pengguna dalam jangka masa panjang serta menghantar senjata serangan siber terhadap rangkaian bersasar pada bila-bila masa.

AS menyenaraikan China sebagai "lawan" dalam ruang siber dan membuat khayalan tentang China melancarkan "serangan pemusnah siber" terhadap wilayah AS. Menurut media AS, China telah ditetapkan sebagai "ancaman terbesar" dalam bidang keselamatan siber oleh Pentagon.

AS sambil mengintip rahsiah China melalui perisian intip, sambil mengambinghitamkan China. Ini memperlihatkan tanggapan salah AS yang menganggap China sebagai pesaing strategik paling besar. 

Seiring dengan berkurangnya daya pentadbiran ahli politik AS, mengheboh-hebohkan ancaman dari luar merupakan cara yang mustahak untuk mengalihkan perhatinan awam. Sementara itu, ini juga boleh menjadi alasan kepada AS untuk membuli China dalam industri Internet dan teknologi maklumat agar meletakkan asas baginya untuk melancarkan serangan siber di luar negara.

China menjadi mangsa pengintipan siber yang dijalankan oleh AS dan ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Kemajuan siasatan terhadap kes serangan siber yang dialami Universiti Politeknik Barat Laut China kali ini memperlihatkan kemampuan hebat China dalam menangkis serangan siber dari luar negara serta keazaman negara ini untuk memelihara keselamatan siber sejagat.