Rundingan China, AS Substantif dan Konstruktif

2023-09-18 14:03:23  CRI
Share with:

Perbincangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai hubungan dua hala diadakan secara terus-terang, substantif dan konstruktif.

Dilaporkan, Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi mengadakan beberapa pusingan rundingan dengan Penasihat Keselamatan Rumah Putih Jake Sullivan di Malta pada 16 hingga 17 September.

Wang mengulangi pendirian bahawa isu Taiwan merupakan garis merah pertama yang tidak dapat dilangkaui dalam hubungan China-AS.  

"AS mesti mematuhi tiga pengumuman bersama dua negara dan mengotakan janji tidak menyokong cubaan 'kemerdekaan Taiwan'," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Bali, mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan mengadakan rundingan mengenai urusan Asia Pasifik, maritim serta dasar luar. 

Langkah-langkah untuk mempermudah pergerakan rakyat kedua-dua negara turut menjadi topik perbincangan.