Perarakan Warisan Budaya Tidak Ketara di Sichuan

2023-09-18 10:42:01  CRI
Share with:

Perarakan warisan budaya tidak ketara berskala besar diadakan di bandar Barkam, daerah Aba, provinsi Sichuan pada 15 September lalu. Perarakan ini adalah sebahagian daripada aktiviti perayaan bagi menyambut ulang tahun ke-70 tertubuhnya daerah Aba.

Kira-kira 1,000 seniman mengadakan persembahan mengenai empat warisan budaya tidak ketara peringkat negara, lima peringkat provinsi dan empat peringkat daerah dalam perarakan tersebut.