Ekspo Sektor Pelancongan Antarabangsa Guangdong 2023

2023-09-18 10:44:56  CRI
Share with:

Ekspo Sektor Pelancongan antarabangsa Guangdong 2023 diadakan di Guangzhou pada 15 September. Agensi tempatan dan asing dari lebih 50 negara dan kawasan menyertai ekspo kali ini.

Ekspo ini menyediakan tiga pavilion termasuk pavilion budaya dan pelancongan antarabangsa, pavilion integrasi budaya dan pelancongan, dan pavilion penghayatan penggunaan pelancongan dan budaya. Ketiga-tiga pavilion tersebut menunjukkan sumber pelancongan, pakej dan perkhidmatan yang bermutu tinggi di pelbagai destinasi di dunia.