CAEXPO Jana Nilai Kontrak Cecah RMB487 Bilion

2023-09-18 14:37:57  CRI
Share with:

Sejumlah 470 dokumen kontrak kerjasama bernilai 487.3 bilion yuan (RM313.5 bilion) berjaya ditandatangani sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, wilayah Guangxi.

Difahamkan, pelaburan dalam industri pembuatan melebihi 65 peratus daripada keseluruhan kontrak yang diikat.

Dalam pada itu, sejumlah 184 dokumen kontrak dimeterai pada Ahad, antaranya termasuk 170 projek usaha sama pelaburan dan 14 lagi membabitkan perdagangan antarabangsa.