Han Zheng Bertemu Guterres, Blinken

2023-09-19 15:26:58  CRI
Share with:

Naib Presiden China Han Zheng bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken secara berasingan di New York pada Isnin.

Sepanjang pertemuan bersama Guterres, Han menyatakan betapa penting peranan PBB serta perlunya menjunjung multilateralisme jitu dalam senario situasi global makin rumit.

Beliau mengulangi pendirian bahawa China akan sentiasa menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan sejagat dan penjaga orde antarabangsa, di samping menyokong peranan penting PBB dalam urusan global.

Ketika bertemu Blinken, Han menyatakan hubungan China-AS yang sihat dan stabil memberi manfaat kepada kedua-dua negara malah dunia.

Pembangunan China merupakan peluang bukannya cabaran kepada AS, dan keuntungan bukannya risiko.

Kedua-dua pihak boleh mencapai kejayaan dan kemakmuran bersama, kata Han.

AS diharap bergerak sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus penting dicapai pemimpin dua negara di Bali dan mewujudkan suasana kondusif untuk merapatkan lagi persefahaman dan jalinan kerjasama saling untung.

Beliau turut berkata negara itu perlu mengambil tindakan praktikal untuk menggerakkan hubungan dua hala kembali ke landasan yang sihat dan stabil demi manfaat kedua-dua negara dan seluruh dunia.