Terbitan Bon AS Cecah USD33 Trilion

2023-09-19 17:56:02  CRI
Share with:

Jumlah terbitan bon Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya mencecah USD33 trilion (RM154.84 trilion) pada Isnin, menurut data dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan negara itu.

Sehubungan itu, The New York Times dalam laporannya melahirkan kebimbangan terhadap prospek kewangan memandangkan terbitan bon perbendaharaan mencipta rekod baharu apabila perbelanjaan persekutuan sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kerajaan berdepan risiko tutup operasi.