China Sentiasa Tunaikan Janji dalam Tadbir Urus Iklim Global

2023-09-19 13:56:20  CRI
Share with:

Mengamalkan multilateralisme adalah satu-satunya jalan penyelesaian dalam menangani perubahan iklim. 

Demikian dinyatakan Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Inger Andersen.

Menurutnya, di sebalik landskap geopolitik global yang terdapat halangan terhadap perpaduan pada masa ini, China tetap menunjukkan keazaman untuk memainkan peranan sebagai jambatan komunikasi dan kepercayaan antara satu sama lain, serta berikrar mengambil tindakan substantif.

Ketika menerima wawancara Kumpulan Mendia China (CMG) di Beijing baru-baru ini, beliau menyatakan penghargaannya terhadap konsep tamadun ekologi China tentang "air jernih dan gunung hijau sama dengan gunung emas dan perak", dan mengharapkan China terus memainkan peranan penting dalam proses tadbir urus iklim global.

“Suara China amat penting, dan sama juga tindakannya yang diambil di dalam dan luar negeri. Yang amat mengagumkan adalah China telah membuat perjanjian dan telah menyumbang lebih daripada yang dijanjikannya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, misalnya lebih awal mencapai semua matlamat yang dijanjikannya yang dijadual dicapai menjelang 2025 dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, kata Inger Andersen.

“Dalam sektor tadbir urus, saya ingin mengatakan bahawa China, sebagai sebuah entiti ekonomi peneraju dan negara yang berani untuk memikul tanggungjawabnya, sejak sekian lama aktif dalam rundingan iklim. Saya amat menghargai usaha perunding utama yang juga utusan khas urusan perubahan iklim China, Xie Zhenghua di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping, yang berperanan sebagai pendorong utama dalam rundingan berkenaan, ” tambah beliau.