Tolak Fahaman Perlindungan, Tegakkan Saingan Adil

2023-09-20 15:13:27  CRI
Share with:

Mutakhir ini, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengumumkan pelancaran siasatan antisubsidi ke atas kenderaan elektrik dari China yang turut menimbulkan kontroversi di kalangan negara Eropah.

Pemain industri automobil Jerman bimbang tindakan seumpama akan mencetuskan perang tarif hingga menjejaskan kepentingan industri automotif domestik untuk jangka panjang.

Terdapat suara rasional dari Barat yang menganggap keputusan Kesatuan Eropah (EU) itu memaparkan sikap sesetengah pihak di Eropah takut berdepan persaingan adil.

Buat masa ini, kuota kenderaan elektrik buatan China dalam pasaran EU hanya kira-kira lapan peratus.

Dilihat dari segi harga pula, jenama utama kenderaan elektrik China yang dipasarkan di Eropah berharga lebih tinggi berbanding di pasaran domestik, dan ia mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan jenama tempatan Eropah.

Maka, perbuatan EU melakukan siasatan antisubsidi berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

Sejak sekian lama, China merupakan pasaran penting bagi syarikat pengeluar auto Eropah.

Kerajaan China tidak pernah meletakkan sebarang halangan terhadap akses mereka ke pasaran China dan ia memastikan syarikat berkenaan terus-menerus mendapatkan keuntungan besar.

Eropah mengamalkan fahaman perlindungan secara terang-terangan dengan bertopengkan 'persaingan adil'.

Tindakan seumpama bukan hanya melanggar prinsip persaingan yang adil dan terbuka dalam ekonomi pasaran, malah membelakangi perdagangan bebas yang dijunjung EU.

Dalam senario unilateralisme dan proteksionisme semakin meningkat, China dan EU perlu menyelesaikan perselisihan menerusi dialog, bersinergi menentang fahaman perlindungan perdagangan, sekali gus menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.