Perlunya Bertindak Hadapi Pelbagai Cabaran: Guterres

2023-09-20 15:16:26  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi penekanan terhadap kemustahakan langkah-langkah berkesan diambil semua anggota untuk menangani pelbagai cabaran.

"Ketegangan geopolitik semakin meruncing, manakala cabaran global semakin meningkat. Dan kami seolah-olah tidak mampu untuk bertindak balas," kata beliau ketika berucap merasmikan sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

Guterres berkata dunia kini bergerak pantas ke arah multipolar, namun tadbir urus global terbantut dan pertelingkahan dalam pelbagai bidang makin melebar.

"Adalah perlunya semua negara anggota bertindak untuk menghadapi cabaran seumpama," tegas beliau.

Dilaporkan, ketua negara dan kerajaan serta wakil peringkat tinggi dari 193 buah negara berkumpul di ibu pejabat PBB di New York dengan bermulanya debat umum sesi ke-78 UNGA pada Selasa.

Sesi berkenaan menumpukan isu seperti matlamat pembangunan mampan, krisis perubahan iklim, situasi keselamatan yang makin memburuk, dan lain-lain.