Pelapor Khas UNHRC Gesa Isu Sisa Air Nuklear Fukushima Diambil Berat

2023-09-20 15:13:04  CRI
Share with:

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengadakan dialog interaktif dengan Pelapor Khas mengenai implikasi pengurusan dan pelupusan sisa toksik terhadap hak asasi, pada Isnin.

Wakil China menyelar tindakan Jepun melepaskan sisa air radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut mencabul hak asasi.

Semasa dialog itu, Pelapor Khas menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap isu pembuangan sisa air terawat berkenaan. 

Menurut Pelapor Khas, kajian menunjukkan bahawa pelepasan air terawat loji nuklear, tak kira betapa rendah paras radioaktifnya, akan memberi kesan yang amat sukar dinilai terhadap ekosistem.

Masyarakat antarabangsa digesa supaya memberi perhatian kepada isu itu dan mengemas kini piawaian keselamatan global yang sedia ada berhubung pelepasan air tercemar nuklear ke laut.