Fed Tangguh Kenaikan Kadar Faedah

2023-09-21 12:55:08  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk membiarkan kadar faedah kekal tidak berubah pada bulan ini.

Minit mesyuarat dasar monetari yang dikeluarkan Fed pada Rabu menunjukkan, julat sasaran untuk kadar faedah Persekutuan dikekalkan pada paras 5.25 hingga 5.5 peratus.

Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi untuk mengawal inflasi dan pihaknya akan memberi tumpuan kepada risiko yang dibawa oleh inflasi tinggi kepada AS pada masa akan datang.

Sejak Mac 2022, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 11 kali daripada hampir sifar kepada melebihi lima peratus, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun.