Kapal Qi Jiguang Akhiri Lawatan Muhibah di Indonesia

2023-09-21 12:18:37  CRI
Share with:

Kapal latihan tentera laut China, Qi Jiguang berlepas menuju Papua New Guinea dan Fiji selepas mengakhiri lawatan muhibah di Indonesia pada pagi Rabu.

Sepanjang singgah di Indonesia, tentera China dibawa mengunjungi angkatan laut negara itu serta akademi dan muzium tempatan. 

Tentera kedua-dua negara juga mengadakan pelbagai aktiviti antaranya program latihan bersama, sesi interaksi, pertandingan persahabatan sukan bola dan lain-lain.

Kapal itu turut menganjurkan lima kali aktiviti Hari Terbuka yang menerima lawatan lebih 1,500 orang pengunjung.