China, Kemboja Selesai Latihan Bersama 'Peace Angel-2023'

2023-09-22 15:00:01  CRI
Share with:

China dan Kemboja selesai melakukan latihan bersama misi kemanusiaan berkod 'Peace Angel-2023' di Phnom Penh pada Khamis.

Antara latihan yang dijalankan termasuk simulasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi bencana, memindahkan dan merawat pesakit serta mereka yang cedera, mencegah dan mengawal penyakit berjangkit, dan lain-lain.

Pelbagai tugas latihan disempurnakan menerusi koordinasi rapat anggota tentera kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka dalam tindak balas kecemasan.