Filipina Digesa Usah Buat Sandiwara Politik
Filipina digesa supaya jangan membuat sandiwara politik dengan mereka-reka dan menyebarkan maklumat palsu.
Dilaporkan, kerajaan Filipina mendakwa China merosakkan terumbu karang Filipina di Laut China Selatan dan mempertimbangkan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning menyelar tuduhan Manila adalah tidak berasas sama sekali.
Mao berkata jika Filipina benar-benar prihatin terhadap persekitaran ekologi Laut China Selatan, negara itu patut mengalihkan kapal perangnya dari terumbu Ren'ai dengan serta-merta.
"Filipina juga perlu berhenti membuang air tercemar ke dalam laut dan mengelak kapal perang berkarat daripada membawa kemudaratan kepada laut," ujar Mao dalam sidang media pada Khamis.