Tindakan Barat Hasut Konflik Undang Bidasan Pedas

2023-09-24 15:01:12  CRI
Share with:

Tindakan negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terus-menerus menghasut konflik dan mengamalkan unilateralisme, mengundang kecaman pedas daripada tokoh-tokoh politik di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata negara Barat berkenaan sengaja membahagikan manusia kepada blok permusuhan berlainan yang turut menyebabkan realisasi matlamat bersama terbantut.

"Mereka melakukan segala cubaan untuk menghalang pembentukan order dunia yang multipolar dan adil, dan memaksa dunia bertindak mengikut peraturan ditetapkan mereka," ujar Lavrov semasa debat umum sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Mexico Alicia Barcena menggesa supaya AS mengeluarkan Cuba daripada senarai 'negara penyokong keganasan'.