Pasukan "Malaikat Damai" China Sediakan Perubatan di Kemboja

2023-09-25 14:27:11  CRI
Share with:

Pasukan perubatan "Malaikat Damai" Tentera Pembebasan Rakyat China menyediakan perubatan percuma di hospital Kemboja, di samping menganjurkan kursus dan ceramah tentang kesihatan, setelah menamatkan latihan sanitasi dan logistik bersama "Malaikat Damai 2023" China-Kemboja.

Dimaklumkan bahawa sekumpulan pakar dari 31 disiplin seperti ortopedik, pencernaan, pernafasan, stomatologi, kedoktoran tradisional Cina dan kardiovaskular telah menyediakan perkhidmatan perubatan, dan menganjurkan pertukaran akademik serta syarahan bertema.