Majlis Pembukaan Sukan Asia Hangzhou Menyerlah dengan Gabungan Inovasi-Kebudayaan

2023-09-25 14:05:55  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach yang menghadiri upacara perasmian Sukan Asia ke-19 di Hangzou, pada Jumaat minggu lalu telah memuji majlis itu merupakan gabungan sempurna inovasi digital dengan pesona sosiobudaya tempatan.

Menurut laporan dalam laman sesawang IOC pada Ahad lalu, Bach bersama penduduk tempatam telah menonton majlis pembukaan Sukan Asia ke-19 yang mengagumkan. Teknologi digital yang inovatif penuh digunakan dalam majlis itu dan sejarah lama bandar Hangzhou dapat ditunjukkan dengan cara yang amat kreatif. Penerapan sains dan teknologi yang inovatif termasuk cara menyalakan obor Sukan Asia ke-19 oleh 'pembawa obor digital' bersama Wang Shun, juara Sukan Olimpik bagi acara renang, telah menggambarkan kedudukan Hangzhou dalam industri inovasi di China.