Pingat Perak Pertama Brunei dalam Sukan Asia

2023-09-25 13:18:35  CRI
Share with:

Basma Lachkar dari Brunei Darussalam, memenangi satu pingat perak dalam acara Women's Taijiquan and Taijijian All Round di Pusat Sukan Guali, daerah Xiaoshan bandar Hangzhou semalam. Ini merupakan pingat pertama yang digondol pemain Brunei Darussalam dalam Sukan Asia ke-19 di Hangzhou dan juga pingat perak Sukan Asia yang pertama dalam sejarah negaranya.

Ketika diwawancara oleh wartawan Kumpulan Meida China (CMG), Basma Lachkar berkata, beliau berasa teruja dapat mengharumkan nama negaranya dengan pingat perak yang dimenanginya, dan menganggap sukan Taiji bukan sahaja baik bagi kekuatan badan tetapi juga boleh membantu mengamalkan nilai-nilai murni.

Ketua Jurulatih Pasukan Wushu Brunei Darussalam, Li Hui berkata, Hangzhou berjaya menghimpunkan atlet pelbagai negara Asia untuk saling belajar dan memupuk persahabatan. Beliau juga memuji pelbagai perkhidmatan yang tersedia dalam Kampung Sukan Asia dan persembahan berteknologi tinggi yang mengagumkan dalam majlis perasmian.

"Sebagai satu temasya sukan antarabangsa, Sukan Asia ke-19 di Hangzhou yang membekalkan wahana pertukaran kepada pelbagai tamadun membolehkan atlet benua Asia berjumpa dengan kawan lama, sambil bertanding dengan kawan yang baharu," ujar Basma Lachkar.

Untuk rekod, Basma Lachkar merupakan pemain Brunei Darussalam yang pertama yang meraih pingat emas Wushu dalam Sukan Dunia 2022, dan pernah menggondol pingat perak dalam Sukan Asia Tenggara sebanyak dua kali.