Kapal Filipina Dihalau dari Perairan Pulau Huangyan
China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap pulau Huangyan dan perairan di sekitarnya yang merupakan sebahagian wilayah China sejak sekian lama, dan juga berhak bertindak sebagai penguatkuasa undang-undang di perairan berkenaan. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menekankan lagi pendirian China ini dalam sidang media pada Isnin.
Pada 22 September lalu, sebuah kapal milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina menyerbu ke perairan di sekitar pulau Huangyan tanpa keizinan pihak China, malah melakukan cubaan melanggar lagunnya. Pasukan Pengawal Maritim China segera mengambil langkah yang wajar menghalang operasi kapal Filipina itu dan menghalaunya. Apa yang dilakukan pihak China adalah profesional dan bersabar.