Mengapa Pelaburan Asing Meningkat dalam Pasaran China?

2023-09-26 16:33:15  CRI
Share with:

Terdapat segelintir badan media Barat khususnya yang dari Amerika Syarikat (AS) menggembar-gemburkan apa yang disebut "pelabur asing berturut-turut mengundurkan modal dari bursa saham kategori A China", dengan mengambil contoh dari Syarikat BlackRock dan Tabung Sovereign Norway yang kebetulan mengadakan penyusunan semula terhadap urus niaga mereka dalam senario global baru-baru ini. 

Jadi, apakah realiti yang sebenar?

Menurut kenyataan yang disiarkan BlackRock, keputusan pihaknya untuk menjual semua syer suatu tabung miliknya adalah tindakan pasaran yang normal. Liputan tentang apa yang disebut 'pihaknya mengundurkan modal dari China' tidak berasas. "BlackRock mempertahankan komitmennya terhadap pasaran China." 

Di samping itu, Tabung Sovereign Norway pula membuat respons, "keputusan menutup pejabat di Shanghai adalah dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap pengendalian perniagaan, dan tidak akan mempengaruhi strategi pelaburannya di China." Bagaimanapun, segelintir orang dari Barat khususnya dari AS membesar-besarkan keputusan tersebut sebagai "gejala yang meluas", memfitnah penyusunan semula strategi pengendalian suatu syarikat sebagai "pengunduran modal asing dari bursa saham ketegori A China".

Terdapat beberapa motif yang tersembunyi di belakang propaganda seumpama itu. Dari segi strategi terhadap China, AS sudah bertindak salah memandang China sebagai pesaing terbesar dan menetapkan bidang ekonomi sebagai medan perang untuk melancarkan penindasan. Pada masa kebelakangan ini, sejumlah politikus dan badan media AS tidak berhenti dalam mencoret arang pada muka China dengan tujuan untuk melemahkan keyakinan luar terhadap prospek ekonomi China dan menurunkan unjuran terhadap pertumbuhannya, demi mencipta-cipta rintangan terhadap pembangunan China.

Sementara itu, dari segi landskap politik Washington, "anti-China" telah menjadi "pilihan politik yang tepat" dalam ekosistem politik yang semakin lumpuh dewasa ini.

Bagaimanapun, keinsafan pelabur transnasional terhadap China tidak terkesan dalam propaganda seumpama itu. Selain modal dari Asia Barat,  J.P.Morgan Chase & Co. dan ANZ Bank turut menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China, sedangkan Lombard Consulting Services Inc. pula menaikkan unjuran terhadap kadar untung dari bursa saham China.

Mengapa pelabur global optimistik terhadap pasaran China? Jawapannya adalah pasaran China menunjukkan peluang pelaburan dan potensi pembangunan yang besar. China sebagai entiti ekonomi yang bertumbuh paling pesat di seluruh dunia, sememangnya mempunyai telapak yang kukuh untuk operasi pasaran modal. Tambahan pula, ia juga tidak terlepas dari kemunculan banyak industri baharu seiring dengan penerapan teknologi yang semakin maju.