Wang Huning Ditemui Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia

2023-09-26 14:45:55  CRI
Share with:

Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning telah ditemui Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul di Beijing semalam.

Wang berkata, persahabatan tradisional China-Malaysia kekal abadi. Kata sepakat yang penting untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Malaysia telah dicapai Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Wang, CPPCC bersedia bersama-sama pelbagai badan dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk Parlimen Malaysia untuk meningkatkan pertukaran dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

Tan Sri Johari Abdul pula berkata, Malaysia mengambil berat terhadap hubungan dengan China. Tahun depan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk mengintensifkan kerjasama ekonomi dan kebudayaan, sekali gus terus memperkasa Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada China yang menghidangkan upacara perasmian Sukan Asia yang menarik. Pihaknya bersedia terus mengembangkan interaksi persahabatan dengan CPPCC di samping membantu masyarakat kedua-dua negara meningkatkan persefahaman serta memupuk persahabatan.