China Bela Kedaulatan Pulau Huangyan

2023-09-27 15:28:37  CRI
Share with:

China tidak berganjak daripada usaha membela kedaulatan Pulau Huangyan dan kepentingan maritim di sekitarnya, dan menyarankan Filipina jangan mengambil tindakan provokasi. Apa yang disebut kenyataan dari pihak Filipina merupakan lakonan politik di pentas negaranya sendiri.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam, susulan satu kenyataan dari pasukan pengawal maritim Filipina yang berbunyi bahawa pihaknya telah merungkaikan "boya pelindung terapung" yang diletakkan China di perairan tenggara Pulau Huangyan.