Adakah AS Tidak Perlu HSR?

2023-09-27 14:34:46  CRI
Share with:

Ketika duduk di hadapan kereta api laju (HSR) dan ditanya oleh wartawan bagaimana perasaan beliau apabila kuasa besar seperti AS belum memiliki HSR, Presiden Joko Widodo tersenyum tanda gembira.

 

Sering ada suara di media sosial yang menjelaskan bahawa AS mempunya jaringan penerbangan domestik dan lebuh raya yang lengkap, maka tidak memerlukan HSR. Namun, kenyataan ini terbukti kurang berasas apabila HSR pertama dari Miami ke Orlando beroperasi mulai 22 September.

 

Bagaimanapun, kelajuannya hanya 200 sejam sahaja, dan mengambil masa tiga jam, hanya kurang 30 minit berbanding memandu kereta. Tambang yang paling murah pula USD99.

 

Tetapi, apa yang paling mengejutkan, kereta api tersebut berlanggar dengan kereta dan ada yang terkorban pada hari pertama operasinya.

 

Bagaimanapun, jikalau melihat berita seperti kemalangan kereta api ekoran kebocoran bahan kimia yang kerap kali berlaku di negara itu, ia tidak begitu mengejutkan.

 

Faktanya, bukanlah AS tidak memerlukan HSR, cuma kerajaannya lebih bersedia memperuntukkan beberapa billion USD untuk Ukraine, namun enggan meluluskan peruntukan untuk memperbaiki infrastruktur bagi orang awam. Tidak hairanlah jika AS ketinggalan berbanding China dan Indonesia dari segi teknologi dan sistem operasi.

 

Kini Indonesia mempunyai HSR yang berkelajuan 350 km sejam. China sedang mengkaji HSR berkelajuan 600km sejam serta HSR bertingkat untuk menampung keperluan lebih ramai penumpang.

 

Kita patut berasa bangga kerana kerajaan kita bervisi jauh dan lebih mementingkan keperluan rakyat sendiri, menyediakan pengangkutan awam yang maju, menyeronokkan dan lebih murah berbanding kebanyakan kuasa besar lain di dunia.

 

Satria juga mendapat maklumat bahawa rakyat Indonesia boleh menaiki HSR secara percuma selama sebulan. Malah ramai netizen Indonesia berkongsi hantaran mereka menaiki HSR dengan amat gembira.

 

Saya juga berharap laluan HSR Jakarta-Bandung menjadi contoh dan mampu menggalakkan pemulihan pembinaan HRS dari Singapura ke Kuala Lumpur, sehingga akhirnya wujud rangkaian HSR yang menghubungkan kita semua.