HSR Jakarta-Bandung Contoh Baik di Asia Tenggara, Kata Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn berkata kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, sebagai HSR pertama di Indonesia bahkan Asia Tenggara, adalah contoh baik di rantau berkenaan.
Beliau menyatakan dengan adanya HSR Jakarta-Bandung, para penumpang tempatan berpeluang menikmati perjalanan selesa dan mudah yang dibawakan oleh HSR China.
Beliau berkata, projek itu sekali gus memaparkan manfaat kerjasama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kepada negara-negara ASEAN.
Sementara itu, Kao turut menzahirkan harapan untuk meningkatkan kerjasama kesalinghubungan dengan China agar memberikan limpahan manfaat kepada rakyat serantau.
Atas undangan Duta China ke ASEAN Hou Yanqi dan Wakil Tetap Indonesia ke ASEAN Derry Aman, Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn, Naib Setiausaha Agung ASEAN, Ekkaphab Phanthavong, wakil-wakil tetap dari negara-negara anggota ASEAN serta duta besar dari beberapa negara rakan dialog ASEAN menaiki HSR Jakarta-Bandung pada 25 September.
Rombongan diplomat itu menaiki kereta api bertolak dari stesen Halim di Jakarta ke stesen Tegal Luar di Bandung. Rombongan kemudian mengadakan lawatan di stesen Tegal Luar.
Petugas dari syarikat HSR China Indonesia memberikan taklimat tentang pembinaan dan pengoperasian HSR Jakarta-Banding, dan menjawab soalan para tetamu kehormat.