Tayangan Festival Dokumentari China 2023 di Chile

2023-09-27 13:31:12  CRI
Share with:

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 anjuran Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), Kumpulan Media China (CMG) dan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Amerika Latin dan Caribbean (ECLAC) bersama-sama mengadakan aktiviti tayangan Festival Dokumentari China 2023 di ibu pejabat ECLAC di sini pada Isnin. 

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya menyatakan bahawa BRI menjunjung tinggi prinsip berunding dan membina bersama serta berkongsi demi pembangunan bersama semua negara terlibat. 

Beliau menyatakan kerjasama China dengan negara-negara Amerika Latin dalam pelaburan dan perdagangan, perindustrian dan pertukaran kebudayaan di bawah rangka BRI dilaksanakan dengan lancar sehingga memberikan manfaat kepada rakyat di negara-negara berkaitan. 

"CMG bersedia berganding bahu dengan rakan-rakan dalam dan luar negara untuk bersama-sama mengupas konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan melalui tayangan dokumentari," kata beliau. 

Tayang Festival Dokumentari China 2023 yang bertemakan BRI berlansung sepanjang tahun ini. 

Sebanyak 10 dokumentari terdiri 30 episod ditayangkan di pelbagai media arus perdana di Amerika Latin, menceritakan kisah-kisah yang menarik dalam pembinaan bersama BRI dalam bidang politik, ekonomi, sukan, pendidikan, kesusasteraan, kesenian dan lain-lain.