Pengawal Pantai China Tegaskan Kedaulatan Negara di Pulau Huangyan
China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan di Pulau Huangyan dan perairan sekitarnya, maka pasukan pengawal pantai China akan meneruskan penguatkuasaan undang-undang di perairan terbabit bagi membela kedaulatan dan kepentingan negara sendiri.
Demikian dinyatakan jurucakap Jabatan Pengawal Pantai China (CCG), Gan Yu baru-baru ini.
Untuk rekod, terdapat kapal milik Jabatan Perikanan dan Sumber Aquatik Filipina yang menyerbu perairan sekitar Pulau Huangyan tanpa keizinan kerajaan China pada 22 September. Seterusnya, pasukan CCG telah mengambil langkah yang wajar termasuk memberikan amaran, meningkatkan kawalan terhadap laluan pelayaran, dan menempatkan boya pelindung untuk sementara waktu. Sehari kemudian, boya pelindung terbabit ditarik balik dan kawalan rutin dipulihkan.
Operasi pasukan CCG tersebut adalah sah dan selaras dengan piawaian profesional. Kenyataan Filipina yang berbunyi bahawa pihaknya telah merungkaikan boya pelindung yang diletakkan China hanya merupakan cerita rekaan dan lakonan politik di pentas negaranya sendiri.