Malaysia Banyak Manfaatkan Kerjasama BRI

2023-09-28 14:07:39  CRI
Share with:

Malaysia menyokong penuh pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang sudah memberi banyak manfaat kepada negaranya.

Demikian dinyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul di Beijing kelmarin.

Menurut beliau, pembangunan bersama BRI kondusif bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dan kemajuan di Malaysia, terbukti dengan sejumlah projek mega termasuk Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan "Taman Kembar" milik kedua-dua negara Malaysia dan China.

"Sementara itu, kerjasama terbabit juga kondusif bagi merealisasikan pembangunan lestari. Pelaburan terhadap infrastruktur dan taman industri boleh membantu meningkatkan kadar pekerjaan dan juga menaiktaraf sosioekonomi setempat," kata beliau lagi.

Sempena ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia pada tahun ini dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan, kedua-dua negara diharap agar terus memperkukuh hubungan bilateral. Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sebanyak dua kali pada tahun ini membuktikan Malaysia sangat mementingkan hubungan itu.

Selain itu, beliau juga menyatakan kesediaan Malaysia menghalusi kerjasama dengan China dalam pembangunan hijau, tenaga baharu dan ekonomi digital untuk menghadapi cabaran bersama.