Ke Manakah Destinasi Akhir Manusia

2023-09-28 16:29:49  CRI
Share with:

Sering kali aku mempertimbangkan

ke manakah destinasi akhir manusia

 

Andai mampu menghentikan waktu

Akan ku lucutkan senjata semua orang

supaya mereka tidak menyakiti orang lain dan diri sendiri

Andai ia masih tidak cukup

akan ku hadiahkan bunga buat mereka

 

Andai ku mampu hapuskan penyakit

Akan ku rawat setiap nyawa

agar mereka kekal sihat dan selamat

dan orang yang tersayang mereka tidak lagi bimbang

Andai ia masih tidak cukup

izinkan ku sampaikan kesayangan ini kepada semua makhluk

 

Andai ku mampu meneroka jalan

Akan ku bawa peniaga ke pergunungan yang terpencil

memakmurkan tanah yang gersang

supaya penduduk setempat mempunyai kehiudpan lebih baik

Andai ia masih tidak cukup

izinkan ku membawa mereka menjelajah dunia yang luas

 

Andai ku mampu merentasi masa dan ruang

Akan ku kunjungi lokasi tamadun awal dunia

untuk menyampaikan penghormatan

Andai ia masih tidak cukup

izinkan ku hubungkan mereka dengan masa depan

supaya kepelbagaian tamadun tidak akan musnah

 

Andai ku miliki sayap

Akan ku beterbang ke angkasa lepas

mencari lebih banyak kampung halaman untuk umat manusia

Tapi ketika aku melihat kepada Bumi

Aku menyedari ini tidak cukup

Andai kita tidak mampu melindungi Bumi

mana mungkin membangunkan kampung halaman yang lain

 

Aku mengembara dari zaman silam ke masa ini

Aku mengenang kembali zaman dahulu

dan melihat dari zaman moden ke masa depan

Hanya dengan menyayangi sesama insan dan menjunjung kebaikan 

dunia baru akan menjadi aman dan harmoni seperti sekeluarga

komuniti berkongsi nasib sesama insan mesti akan terwujud

 

Marilah kita bersama-sama membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan