Presiden Xi Gariskan Arah bagi Pembangunan Modenisasi Ala China

2023-09-28 14:55:48  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan kunjungan ke provinsi Zhejiang di pesisir tenggara China baru-baru ini. 

Dalam rangka kunjung itu, beliau sempat meninjau ke kampung kecil, pusat perdagangan antarabangsa, muzium dan taman khazanah budaya. Beliau menyifatkan Zhejiang sebagai pelopor modenisasi ala China, dan menggariskan arah bagi provinsi itu untuk terus menerajui pembangunan modenisasi negara ini.

Ketika menyentuh tentang ekonomi pada zaman ini, Xi menegaskan bahawa Zhejiang perlu giat mengembangkan ekonomi sebenar sebagai asas bagi pembinaan sistem perindustrian moden. Di samping itu, mempercepat penyelidikan dalam sains dan teknologi canggih, mendorong industri pembuatan ke arah peringkat lebih tinggi, pintar dan hijau.

Menyentuh tentang pertanian moden, Xi mengatakan bahawa Zhejiang perlu menjadi teladan dalam mewujudkan kemakmuran bersama, menumpukan usaha mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, jurang antara pelbagai kawasan, serta jurang pendapatan.

Dalam rangka lawatannya, ketika menyebut tentang tadbir urus sosial, Xi menekankan bahawa pihak berkuasa perlu mengutamakan pekerjaan, menambah baik sistem jaminan sosial, dan mendorong pemodenan sistem tadbir urus dan daya pentadbiran di peringkat akar umbi.

Menyentuh tentang keterbukaan bertaraf tinggi, Xi mahu Zhejiang meningkatkan keterbukaan institusi seperti peraturan dan standard, menggunakan pelaburan asing secara inovatif, memperkasakan perdagangan luar, menyesuaikan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, mengadakan percubaan dalam bidang keterbukaan industri perkhidmatan, pembangunan pendigitalan dan perlindungan alam sekitar. Selain itu, syarikat swasta patut diberi galakan dan sokongan untuk menyertai pembahagian industri dan sumber sejagat demi meningkatkan daya saing teras mereka.

Mengenai tamadun moden, Xi mahu provinsi Zhejiang agar meningkatkan perlindungan terhadap warisan budaya, mendorong transformasi dan perkembangan budaya tradisional cemerlang secara kreatif dan inovatif, serta memperkembangkan tamadun China terserlah pada zaman moden ini.